Assalamualaikum

Borang nikah? Ye borang nikah. Borang nikah merupakan undang-undang yang sangat penting bagi pendaftaran perkahwinan di Malaysia. Tanpa borang nikah anda tidak dibenarkan untuk mengadakan upacara akad nikah yang sah dan selesa. Tak kira di mana sahaja di Malaysia. Anda wajib men’daftar’kan diri untuk berkahwin dengan orang yang anda sayangi.

Ok.. saya bercerita tentang urusan perkahwinan di Johor. Negeri lain saya tidak tahu. Sebelum saya mengambil borang nikah di Johor. Saya bertanya kepada Ustaz Mafteh di Jabatan Kemajuan Islam atau dikenali sebagai JAKIM. Dengan menggunakan kuasa autoriti yang ada pada sahabat saya ( sebenarnya ustaz merupakan salah seorang penceramah undangan di Kursus Perkahwinan anjuran JAKIM dengan kerjasama persatuan mahasiswa kediaman Ibnu Sina…selepas ambil no. tepon Ustaz. terus jadi sahabat), saya bertanya adakah dibenarkan mengambil borang di JAWI (jabatan agama islam wilayah) bagi pasangan yang dari negeri berbeza. Dia kata tidak boleh. Kena buat di negeri yang mana kamu akan melakukan pernikahan…Huhu.. memang sedih tapi kena buatla jugak

Ok kemudian saya pun pulang ke Johor. Nak buat apa dulu ? Takkan ambil borang terus kut. Ooo sebenarnya tak semudah ABC .  Yang pertama wajib ada SURAT AKUAN BUJANG. Pagi2 buta selepas solat Subuh.. + doa (untuk arwah mak… mak abah.. diri sendiri..keluarga dan tunang sekeluarga)… zummm terus ke rumah ketua kampung (cikgu Leman ). Kalau ikut turutan kena jumpa penghulu dulu. Tapi penghulu balik kampung….hmmm ( Biasalah cuti sekolah.. pesta kenduri kahwin). Terpaksalah jumpa ketua kampung. Dalam borang akuan bujang ini Ketua kampung akan mengesahkan bahawa anda seorang yang bujang. Tapi pengesahan ketua kampung perlu disertakan dengan seorang saksi dari kalangan ahli keluarga kita. Kalau selain penghulu @ ketua kampung tak boleh ke? Hmm boleh oleh majikan anda. Kalau majikan anda seorang yang sporting… kalau anda dah kahwin… dia tentu ley je declare anda seorang bujang (Ini tanggung dosa sendiri kalau nak menipu)…

Selepas ambil borang akuan bujang, pergi pejabat agama beli borang kebenaran nikah. RM 5.00 (uiks nak kawin pun borang kena beli gak).Di dalam borang ni disertakan 2 orang saksi selain daripada adik beradik . Kebiasaannya ialah imam kawasan tempat tinggal anda atau imam surau. Tapi kalau di Kuala Lumpur & Selangor menurut sahabat saya ( imam salah sebuah masjid yang terkenal di KL) kena disahkan oleh imam bertauliah ( pulak dah…tak tauliah tak boleh ke? ). Kemudian isi borang itu sehingga lengkap ( ala macam isi borang peraduan tapi ini bukan main-main…anggap macam borang nak masuk Universiti).

Kemudian anda diwajibkan untuk membuat ujian HIV di klinik @ hospital kerajaan SAHAJA. Selain daripada goverment hospital @ klinik tidak dibenarkan. Untuk mereka yang pernah buat menda ‘bodoh’ mungkin terkantoi di sini. Hmm oleh itu , janganlah hisap rokok, hisap dadah dan menda yang jelas HARAM disisi Allah itu.

Kemudian selesai isi borang tersebut , anda akan di  temuduga pula oleh bahagian Jabatan Agama . Alhamdulillah untuk saya , hanya soal baca Al Fatihah dan Syahadah. kalau kena dengan cikgu saya iatu Cikgu Haji Ikhsan Simok.maybe pengsan aku dibuatnya. Kenapa?? sebab dia suka tanya soalan hard core kat pengantin lelaki. Bukan apa? Ada bagusnya .. bolehlah refresh segala ilmu yang dipelajari semasa sekolah petang ( nama bagi sekolah aliran agama di Johor… dipanggil sekolah petang kerana di laksanakan waktu petang).. Kemudian akhir sekali buat checklist seperti berikut.

  • Salinan Kad Pengenalan sendiri ( 2 salinan)
  • Salinan Kad Pengenalan 2 orang saksi selain adik beradik (2 Salinan)
  • Salinan Sijil Kursus Kahwin (1 Salinan) + Sijil Kursus Kahwin Original ( nak elak kena tipu)
  • Surat ujian HIV test.
  • Surat akuan bujang ( original ) dan salinan (2 salinan )

Kemudian pihak jabatan agama akan cek semua di atas. kemudian berikan borang pengesahan boleh berkahwin.Untuk maklumat tambahan. Borang nikah ni SAH bermula 2 bulan lagi anda nak nikah hingga 2 minggu sebelum tarikh pernikahan.

Itu sahaja perkongsian saya. Kesimpulan mudah.. Susah jugak nak berkahwin di Malaysia ni. Tapi pada masa dulu mudah pulak. takde borang-borang. Benarlah islam itu mudah akan tetapi umat Islam yang menyukarkan perkara yang baik ini. Semoga pihak jabatan Agama Islam di Malaysia memudahkan urusan perkahwinan . Perkahwinan adalah rahmat dan sunnah Rasulullah SAW.