assalamualaikum.

PHP Meetup adalah perjumpaan dan perbincangan berkenaan dengan PHP dan pelbagai pangkalan data yang digunakan, Antara perbincangan yang dibincangkan adalah Manipulating SQL in PHP. MongoDB. dan lain-lain.

Penganjur adalah AIST …MIMOS …TRI IT… dan beberapa syarikat yang lain. Agak menarik kerana perbincangan ini menggunakan bahasa Melayu ( kadang-kadang agak rojak kerana istilah dalam pengaturcaraan adalah dalam bahasa Inggeris).

Alhamdulillah…PHPMeetup ini juga mengumpulkan sebilangan besar ahli forumer Forum PHP Malaysia. Antara yang sempat saya jumpa adalah TunBendahara a.ka Misbah Soim.. Zam3858 a.k.a Hizam…Kyrule a.k.a Khairul Nizam, Memang agak susah nak berjumpa mereka kerana masing – masing ada komitmen sendiri. (Al maklumlah…ramai yang dah berkahwin.. aku akan follow je la tak  lama lagi. )

Apa-apa pun saya berharap PHP programmer Malaysia  sentiasa aktif seperti PHP forumer di dunia ( Salah satu adalah Indonesia). Selamat maju jaya semua kawan-kawan.