Assalamualaikum..
Dah lama saya tidak berkongsi resepi di blog saya. Kali ini saya ingin berkongsi resepi Kari Ayam HPA. Untuk maklumat semua, menu ini untuk 2 orang sahaja kerana saya masak membuat resepi ini hanya untuk 2 orang sahaja.
BAHAN-BAHAN
- Ayam … ( bahagian dada 1, bahagian peha 1, bahagian kepak 2).
- Kentang …( Seeloknya kentang yang tidak terlalu cepat empuk…bukan apa nanti bentuk kentang tu macam tak best…bila sudah siap )
- Bahan2 bumbu – yang diblender or tumbuk ngan lesung (huhu,,,takde blender)..(Bawang Merah 7 Biji + Bawang putih + sedikit ketumbar ).
- Rempah tumis …(kayu manis …lada hitam..bunga lawang).
- Santan (1 mangkuk yang pekat).
- Air (2 cawan …)
- sedikit minyak untuk menumis
- Kari Ayam & Daging HPA
CARA MEMASAK
- - Letakkan sedikit minyak..dah panas …goreng rempah tumis ( pastikan basuh ye?)….kemudian masukkan bumbu sehingga naik bau wangi…
- – Masukkan santan…campur dengan sedikit air… cairkan sedikit santan.
- - Masukkan Kari ayam daging HPA.
- - Masukkan ayam.. kentang…
- - Tunggu sehingga kentang dan ayam masak…kemudian …disediakan…
Mudah bukan….
Kesimpulannya mudah sahaja memasak ini. Jangan lupa baca bismillah dan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad. Insyallah masakan akan sedap.


