Assalamualaikum dan selamat malam.
Alhamdulillah bersyukur.. dah lama saya tidak mengemaskinikan blog ini. Sekarang saya ingin berkongsi pada teman-teman sekelian yang menggunakan cakePHP versi 1.3 untuk mengubah nama pageTitle.
Apa itu pagetitle. Kalau dalam versi HTML kebiasaannya pagetitle diletakkan di bahagian ruangan diantara tag header iatu seperti dibawah.
<html>
<header>
<title>Google <title>
<header>
dan apabila dipaparkan pada web browser ia akan kelihatan seperti rajah di bawah.
Kalau bagi mereka yang menggunakan cakePHP versi 1.2. Untuk memaparkan adalah meletakan code pada setiap function di controller kemudianya akan dipaparkan melalui view function tersebut. Antara contoh code pada controller dalam function adalah seperti dibawah.
<?php
// untuk menambah rekod dalam pangkalan data
// versi cakePHP versi 1.2.xx
function index()
{
$this->pageTitle = ' Paparan data ';// maka seperti di atas.. ia akan memaparkan
}
Untuk versi 1.3.xx pula penggunaan pageTitle digantikan menggunakan set(‘title_for_layout ‘,’nama title’), sekiranya anda ingin melihat di mana lokasi fail tersebut. Mula-mula buka fail pada ../namasistem/views/layout/default.ctp. Kemudian anda akan dapat lihat pada code seperti di bawah
<head>
<?php echo $this->Html->charset(); ?>
<title>
<?php echo $title_for_layout;// untuk memaparkan pageTitle daripada controller. ?>
</title>
.....
Oleh itu pada bahagian controller dan setiap function yang mempunyai paparan (views) maka anda boleh menulis seperti code di bawah pada controller dengan menggunakan format seperti berikut
$this->set(‘title_for_layout’,'Nama title’);
<?php
function carian()
{
$this->set('title_for_layout','Carian Data');
// operasi carian
}
?>
Selamat mencuba.Mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim. Jangan segan silu untuk bertanya.
