Info IT : Lajukan boot Windows anda dengan perisian Soluto
Saya terbaca di dalam sebuah portal IT yang berguna untuk mengoptimumkan kelajuan permula (start up) atau dikenali sebagai boot . Cadangan terbaik bagi mereka yang mempunyai permasalahan komputer sangat lembab untuk mula.
Soluto akan menunjukkan aplikasi2 serta process yang berlangsung ketika boot. Ianya terbahagi kepada 3 kategori iaitu; Potentially removable, Required – cannot be removed and Removed Applications.
Potentially removable – aplikasi yang anda boleh removed daripada startup seperti Yahoo Messenger, uTorrrent, Skype dan sebagainya. Program2 tersebut boleh melambatkan proses boot jadi anda boleh removed.
Required – aplikasi, process atau driver yang diperlukan oleh Windows. Anda tidak boleh rem
oved sebarang item dalam kategori ini kerana dikhuatiri boleh menjejaskan Windows daripada berfungsi dengan baik.
Removed applications – aplikasi yang anda telah removed daripada startup.
Ok bagaimana perisian ini berfungsi. Sebagai contoh perisian Drop Box mengambil masa 11 saat semasa komputer start up. Dengan menggunakan perisian ini, anda boleh membuangkan aplikasi tersebut semasa proses pemula dan komputer akan lebih pantas sebanyak 11 saat. begitu juga dengan perisian yang aktif ketika anda mula hidupkan laptop atau komputer anda. Gambar di bawah merupakan satu contoh saya membuat operasi ‘ Pause’ untuk perisian Drop box.
Bukan untuk mengoptimumkan pemula boot window sahaja , malah kelebihan perisian Soluto juga adalah untuk mengoptimumkan masalah anti -crash kepada web browser yang anda gunakan. Ini bermakna perisian ini mampu meng’disable’kan addon yang tidak digunakan pada Web browser anda. Sebagai contoh saya mahu disablekan fungsi addons bagi DownThemAll bagi pelayar web Mozilla Firefox.
Saya memberikan 4 daripada 5 bintang bagi perisian. Perisian ini adalah percuma dan anda boleh memuat turun di SINI .
Untuk video anda boleh lihat di bawah. Selamat mencuba. Dan kongsikan bersama teman-teman yang lain.
Soluto – Anti Frustration Software from Soluto on Vimeo.







Pernah test dah bro,tapi mungkin kesilapan saya sampai ter remove yang tak sepatutnya di remove..terpaksa format lain…saja nak test jer jadi camner..hehe. Tapi Soluto ni memang boleh cepatkan loading windows..