Fairuz Sulaiman

Tips Bijak Wang , Publications Services , Internet Marketing, Ecommerce,

Menyelesaikan masalah komputer selepas diserang virus oleh Facebook Chat

Assalamualaikum dan selamat malam.

Sejak kebelakangan ini ada beberapa orang sahabat di Facebook bertanya bagaimana nak menyelesaikan masalah virus yang diakibatkan klik link di dalam facebook chatbox. Untuk pengetahuan anda, saya juga menjadi mangsa keadaan tersebut. Akan tetapi saya dapat memperbaiki seperti langkah-langkah di bawah.

Kebiasaannya perkara ini berlaku apabila sahabat anda memberikan notifikasi chat bernada di bawah. Bermula dengan ayat berikut.

“Hi. How are you?”
you repiles…

“Wanna laugh? :)
you replies…

“Is it you on the video? want to see?”
Apa yang perlu anda lakukan? Pertama : Sila tutup terus. Ini langkah pertama dan paling selamat. Fuhhhhhh
Alamakkk. Aku terklik. Maka dalam beberapa minit komputer akan ter’restart’ secara automatik. Banyak perisian rosak. Antivirus juga dinyahfungsi.  Sekiranya hal ini berlaku jangan bimbang.
Langkah 1 : Klik Start > Taip perkataan msconfig pada bahagian search. Rujuk pada jadual di bawah
Langkah 2 : Klik pada bahagian tab boot. Sekiranya berlaku infected. Akan terjadi di mana wujud windows boot kedua.
Normal Boot Window tanpa diserang virus
Langkah 3 : Untick pada Safe boot pada bahagian bawah (Boot Options) ..kemudian restart komputer anda.

Boot yang telah diserang Virus FB dan langkah pencegahan {klik untuk besarkan imej}

Langkah 4: Kemudian update antivirus anda dan buat full scan. Anda dinasihat tidak membuka internet ( lebih baik connection diputuskan ) semasa proses full scan dilaksanakan [Kena sabarlah... kalau banyak fail nak scan 24 jam belum tentu cukup ]. Kemudian padam virus yang infected tersebut. Sekiranya berlaku permasalahan dalam komputer anda, anda perlu memperbaiki dengan menggunakan perisian baiki registry anda. Saya mencadangkan Tuneup Utilities.  Selamat mencuba.
Jangan lupa tukar kata laluan Facebook anda. Ini penting.
Sekian terima kasih. Komen dialu-alukan. Sekiranya anda ingin copy paste artikel ini pastikan kredit kepada laman web saya.  Wassalam
Tagged as: , , , ,

3 Comments

  1. salam , abg adik share yeee :) ty

  2. salam . yg saya pelik . nak login facebook pun tk bole . dia ckp ade problem laa , lagi satu pc mati2 . onl je mati balik . tak sempat buat pape . mcm mane ek ?

  3. Seperti yang saya katakan. Selepas da full scan. baru boleh gunakan FB. Biar antivirus padam semua virus2 itu.

Leave a Response