Mencari halaman muka surat bagi juzuk di dalam al-Quran menggunakan kaedah matematik
Assalamualaikum
Kesempatan ini admin ingin mengucapkan salam Ramadan al-Mubarak. Seperti kita sedia maklum bahawa bulan ini juga dikenali bulan al-Quran kerana Al-Quran diturunkan pada hari ke -17 Ramadan ( Menurut sepakat ulamak dalam fiqh falak). Al-Quran yang menjadi panduan umat Nabi Muhammad SAW ke arah jalan yang diredhai. Malah pahala membaca al-Quran dikira 1 huruf akan diberi ganjaran 10 kali ganda.
Bagaimana pula pada Ramadan. Pahala amalan dilipatkan berkali ganda. Subahanallah Wal Alhamdulillah Allahu Akbar. Kasih Allah pada umat Nabi Muhammad SAW.
“Siapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh, saya tidak mengatakan (آلـم) satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf“ (HR Bukhari)
Ok kali ini , saya ingin berkongsi kepada kalian untuk mencari halaman bagi juzuk di dalam al-Quran. Ini merupakan kaedah matematik ringkas yang boleh dicuba oleh pelajar sekolah rendah sendiri. Ok kita mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim
Langkah 1 : Pastikan juzuk yang manakah ingin anda cari.. ( Contohnya juzuk 12).
Langkah 2 : Tolak juzuk yang ingin dicari kepada 1 ( Contohnya 12-1 = 11).
Langkah 3 : Darabkan jawapan yang diperolehi pada Langkah 2 dengan 2 (Contohnya 11 x 2 = 22)
Langkah 4 : Letakkan nombor 2 dibelakang jawapan yang diperolehi pada Langkah 3 (Contohnya 222).
Langkah 5 : Buka Al-Quran Rasm Uthmani dan buka halaman 222 untuk kepastian.
Subahanallah. Kongsikan kepada teman-teman, saudara-saudara mengenai ilmu ini. Semoga kita lebih gigih untuk membaca Al-Quran secara bertartil (menjaga tajwid dan maknanya).





Satu perkongsian yg baik bro..cuma nak tanya, adakah kaedah untuk menolak dan mendarab sama untuk juzuk2 yg lain?
Ya. Boleh digunakan untuk juzuk-juzuk yang lain. Tak percaya cubalah. Juzuk 10contohnya
10-1 = 9
9×2 = 18
letakkan no 2 di belakang no 8 … jadi 182.. jadi muka surat 182.
Nak tanya..
Kalau juzuk yg pertama.
1-1=0
0×2=0
letakkan no 2 dibelakang no 2 jadi 02… so muka surat 2 kah?
AAH..syeikh. Selamat hari raya . Maaf zahir Batin.