Fairuz Sulaiman » Usrah

Mencari halaman muka surat bagi juzuk di dalam al-Quran menggunakan kaedah matematik
Assalamualaikum

Kesempatan ini admin ingin mengucapkan salam Ramadan al-Mubarak. Seperti kita sedia maklum bahawa bulan ini juga dikenali bulan al-Quran kerana Al-Quran diturunkan pada hari ke -17 Ramadan ( Menurut sepakat ulamak dalam fiqh falak). Al-Quran yang menjadi panduan umat Nabi Muhammad SAW ke arah jalan yang diredhai. Malah pahala membaca al-Quran dikira 1 huruf akan diberi ganjaran 10 kali ganda.

Bagaimana pula pada Ramadan. Pahala amalan dilipatkan berkali ganda. Subahanallah Wal Alhamdulillah Allahu Akbar. Kasih Allah pada umat Nabi Muhammad SAW.

“Siapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh, saya tidak mengatakan (آلـم) satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf“ (HR Bukhari)

Ok kali ini , saya ingin berkongsi kepada kalian untuk mencari halaman bagi juzuk di dalam al-Quran. Ini merupakan kaedah matematik ringkas yang boleh dicuba oleh pelajar sekolah rendah sendiri. Ok kita mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim

Langkah 1 : Pastikan juzuk yang manakah ingin anda cari.. ( Contohnya juzuk 12).

Langkah 2 : Tolak juzuk yang ingin dicari kepada 1 ( Contohnya 12-1 = 11).

Langkah 3 : Darabkan jawapan yang diperolehi pada Langkah 2 dengan 2 (Contohnya 11 x 2 = 22)

Langkah 4 : Letakkan nombor 2 dibelakang jawapan yang diperolehi pada Langkah 3 (Contohnya 222).

Langkah 5 : Buka Al-Quran Rasm Uthmani dan buka halaman 222 untuk kepastian.

Subahanallah. Kongsikan kepada teman-teman, saudara-saudara mengenai ilmu ini. Semoga kita lebih gigih untuk membaca Al-Quran secara bertartil (menjaga tajwid dan maknanya).

Aku Bukan Musuh Harta
Aku Bukan Musuh Harta

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="420" height="250" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="src" value="http://www.4shared.com/embed/77462663/eb9e4051" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="420" height="250" src="http://www.4shared.com/embed/77462663/eb9e4051" allowfullscreen="true"></embed></object>

Mereka kata :

Mengapa kita tidak kaya raya?

Tengoklah si fulan itu,bermewahan saja..

Aku bertanya : apakah caranya untuk aku kaya?

Tapi.. secara mulia dan tanpa berdusta

Bukan kita tidak tahu

Jalan, denai dan liku

Agar harta ditemu dan disapu

Tapi semuanya cara palsu dan tipu..

Bukan kita tidak mahu,

Tapi kita tidak mampu,

Takut dan terkedu

Mengenangkan Yang Maha Satu

Yang Tiada BagiNya sekutu

Ya, telah kaya para pengkhianat,

Dengan harta yang sarat,

Tapi mereka lupa akhirat,

Balasan yang berat,

Dunia, jiwa bertukar menjadi keparat

Ya, telah kaya para pendusta,

Syarat mereka : lupakan Yang Esa,

Harta rakyat, semua disebat

Harta awam, semua dibekam

Hukum syaitan, mereka bertuhan

Kita pun ingin kaya,

Ada harta, ada kereta yang istimewa,

Ada rumah mewah yang melimpah,

Ada hidangan yang bukan sebarangan,

Ada duit yang bukan sedikit

Tapi, jalannya hendaklah suci,

Bukan seperti seorang pencuri,

Jika ada jalan yang mulia,

Di hujungnya ada harta,

Tunjukkan kita, di mana saja

Kita bukan musuh harta,

Kita cuma musuh pengkhianat bangsa

Dan Negara,

Apatah lagi pengkhianat agama..

Petua Murah Rezeki ~ Cara Nabi Muhammad S.A.W
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada

hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.  Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”

(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi

s.a.w.:  “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:  “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.”(Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,

kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah

akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki.  Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang  Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba

sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15.Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.

Firman Allah dalam hadis qudsi:  “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan  Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan

Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7). Firman-Nya lagi: “… dan Kami akanmemberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan,menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat,

dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang

dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari

segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-

amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan

pemberian-Nya.

Kaedah untuk mengelakan daripada rogol cabul.
Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini.  Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في

السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا

حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Dipetik daripada artikel blog Ustaz Zaharudin Abdul Rahman. Semoga Allah memberkatimu murobbiku ameen.

Sampaikan sedekahku ini kepada pelacur itu
Seorang ulama besar Hadis sedang asyik membacakan serta mensyarahkan maksud hadis kepada para muridnya.Tiba-tiba sang guru berhenti membacakan hadis dan bertanyakan sesuatu yang membuatkan semua murid terpinga-pinga.

“Muridku sekalian, aku punya hajat yang sangat besar.Adakah sesiapa yang mampu menunaikan hajatku ini?” Tanya sang murabbi pada seluruh muridnya.

Salah seorang murid kanan Syeikh menjawab dengan penuh adab, “ Hajat apakah wahai Tuan Guru? Khabarkanlah kepada kami,moga kami mampu untuk menunaikannya untuk Tuan Guru”.

Sang Guru menarik nafas dengan perlahan seraya berkata “ Aku punya sedikit harta yang ingin aku sedekahkan,adakah sesiapa yang ingin membantuku mengagihkan harta ini?”

“Kami bersedia membantumu wahai Tuan Guru untuk mengagihkan harta ini”jawab Murid tersebut dengan bersemangat.

“Bolehkah Tuan Guru perincikan kepada siapakah harta ini akan dibahagikan?”seorang murid yang lain bertanya dengan lebih lanjut.

“Hartaku ini akan aku sedekahkan kepada para pelacur yang berada di tempat sekian-sekian”Jawab Tuan Guru dengan tenang.

Keadaan menjadi bingit,masing-masing keliru dengan tujuan utama Tuan Guru yang terkenal alim dan soleh ini.

“Aku sudah mengagakkan bahawa kamu semua tentu tidak akan mampu untuk melaksanakan hajatku ini.Kalau begitu tidaklah mengapa.Biarlah aku sendiri yang pergi menyampaikannya.” Tuan Guru menjawab dengan tenang.

Para murid rasa bersalah di atas sikap yang mereka tunjukkan.Salah seorang murid kanan Tuan Guru menawarkan dirinya untuk menyampaikan harta tersebut.Mana mungkin dia boleh membiarkan Tuan Guru yang terkenal hebat dan wara’ ini dibiarkan masuk dan bertandang ke tempat hina seperti itu.

“Ketuklah setiap pintu rumah pelacuran tersebut dan ketika kamu menyampaikan sedekah ini katakan bahawa ini adalah sedekah daripadaku (Nama tuan guru) dan doakan aku semoga diberkati oleh Allah taala” Tuan Guru memberikan pesanan kepada muridnya tersebut.

Maka sang murid yang mulia ini terus memulakan tugasnya dengan penuh tanda tanya di dalam pemikirannya mengapakah Tuan Guru ingin benar memberikan sedekah kepada golongan hina ini.Namun arahan Tuan Guru perlu dilaksanakan.Sang murid menutup mukanya dan terus masuk ke kawasan pelacuran tersebut.

Beliau mengetuk setiap pintu rumah pelacuran di kawasan itu dan menyampaikan apa yang dipesan oleh Tuan Guru kepadanya.

“Assalamualaikum, maafkan saya mengganggu,saya adalah utusan daripada Tuan Guru fulan bin fulan ingin menyampaikan sedekah daripada beliau kepada kalian.Beliau berpesan agar mendoakan beliau semoga dirahmati oleh Allah taala”.

Terkejut para pelacur bila mendengar nama Tuan Guru yang alim dan wara tersebut sudi memberikan sedekah kepada mereka.Setelah selesai tugasnya, sang murid terus beredar daripada kawasan hitam tersebut sambil menghelakan nafasnya.

Masing-masing ternanti-nanti apakah yang akan berlaku selanjutnya setelah peristiwa tersebut.Keesokkan paginya , sesuatu yang mengejutkan telah berlaku.Seluruh bumi Syria gempar apabila keseluruhan pelacur yang ada di kawasan tersebut telah beramai-ramai datang menunaikan solat Subuh di Masjid Tuan Guru.Mereka datang mendengar majlis pengajian daripada Tuan Guru dan bertaubat daripada segala dosa-dosa yang telah mereka lakukan.Barulah semua murid faham mengapakah Tuan Guru benar-benar ingin menyampaikan sedekah tersebut kepada golongan pelacur berkenaan.

Ini merupakah karamah yang Allah taala kurniakan kepada Tuan Guru yang wara’ ini.Dakwahnya yang sangat lembut dan berkesan memberikan impak yang sangat besar kepada kehidupan pelacur-pelacur tersebut

Tuan Guru yang saya maksudkan di sini ialah al-Alim al-Allamah Muhaddis al-Syam Sayyid Badruddin al-Hasani rahimahullahu taala.Beliau wafat pada 1354 Hijriyah.Beliau digelar “Khatimah al-Huffaz dan al-Muhaddissin” yang bermaksud penutup kepada para ulama Hadis yang terkemuka.Mula mengarang kitab ketika umurnya belumpun sampai 20 tahun.

Beliau mengajar di Masjid Umawi pelbagai bidang ilmu seperti Nahwu, Sarf, Balaghah, Mantiq, Fiqh dan lain-lain.Menurut Syeikh al-Allamah Mahmud Rashid al-Attar rahimahullah (wafat 1362 Hijriyah), Syeikh Badruddin al-Hasani juga mengajar kitab Tafsir Baidhawi tanpa melihat kepada kitab dan tanpa memegang apa-apa kertas pun ditangannya.Tafsir tersebut telah dihafalnya dan dikuasainya dengan begitu hebat.

Ketika umur Syeikh al-Allamah Badruddin al-Hasani mencapai 30 tahun beliau mula mengajar Sahih Bukhari di Masjid al-Sadat.Ini juga dilakukan tanpa melihat kitab sedikitpun.Beliau menghafal keseluruhan Sahih Bukhari di dalam dadanya.Menurut para ulama tidak pernah dilihat seseorang yang begitu alim menyampaikan pengajian dengan keseluruhan bidang ilmu seperti Syeikh Badruddin al-Hasani rahimahullah.Ketika mensyarahkan Sahih Bukhari , keseluruhan ilmu dibahaskannya termasuklah ilmu perubatan, hikmah-hikmah, falsafah dan lain-lain.

Antara kelebihan Syeikh Badruddin al-Hasani rahimahullah juga ialah, semuanya mampu untuk memahami apa yang disampaikannya,bukan hanya para ulama dan penuntut ilmu, malah para petani dan orang awam yang biasa juga mampu untuk memahami apa yang disampaikan oleh Syeikh al-Murabbi rahimahullah.Ini kerana keikhlasannya yang begitu tinggi ketika menyampaikan pengajian.Beliau juga digelar Qutb al-Zaman (Wali Allah yang menjadi paksi kepada seluruh para wali ketika itu)dan Mujaddid pada zaman tersebut.

Semoga Allah taala merahmatimu wahai Tuan Guru yang mulia.Saya mendengar kisah tersebut daripada Guru Saya yang Mulia, Syeikhuna al-Allamah Dr Wafiq al-Hijazi al-Hanafi hafizahullah. Al-Fatihah buat Syeikh al-Allamah al-Muhaddis Sayyid Badruddin al-Hasani rahimahullah.

P/S : Syukran Tuan Syeikh yang mulia. Semoga Allah jua memberkatimu.

Dipetik daripada blog Sahibussamahah Al Fadhil Ustaz Nazrul Abd Nasir

Nilai takwa dalam kehidupan.
assalamualaikum..

Ingin saya berkongsi untuk sahabat – sahabat mendengar kuliah ilmu yang berkaitan dengan takwa. Sekiranya berminat berkongsilah dengan sahabat-sahabat yang lain. Kerana ilmu yang dikongsi akan menjadi bekalan untuk kita di alam barzakh. Insyallah,

Dengan ini saya sertakan bersama URL untuk muat turun.

P/S : Terima kasih kepada saudara jazimin yang berusaha untuk merakam. Semoga Allah memberkati mu dan keluargamu selalu Insyallah ameen.

Dakwah adalah kerja kita…. renungan bersama.
Dari Jeram Pasu: Isnin, 6hb. September, 2010 – 10:11 am

Aku punya  seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon.  Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM,  aku masuk ke Tingkatan 6 manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan  pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke  zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali  hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati  dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri  kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya  kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru  Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim  juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering  menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi  jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan ‘breakdance’, semuanya  kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit  dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.  20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya  mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari  kakaknya.

Hubungan aku dengan Lim terputus setelah dia  melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet,  email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad  bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami  rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar ,  kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut  dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

“He’s name is no more Lim Wei Choon. He’s now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago… Subhanallah!

Syukur  Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T.  Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah  menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu  telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim  dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya.  Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan…

Assalamu’alaikum… Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

‘Ini  dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang” Ibu  Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami  berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa,  tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat  keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya  untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama  berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul  tak? Memanglah… Kenapa kau tanya macam tu?

Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham… diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi,  mengapakah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku  kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di  Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku  terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau  betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di  dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api  neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga  aku mati. Aku akan dakwa semua orang Islam dalam kampung kita ni sebab  tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non  muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh  Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu  bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri,  kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan  Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam  aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.  Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi,  penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni  tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah  nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?  Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal… sepatutnya nikmat  ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum  pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan  satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu  sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan  seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau  boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa  yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir  selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa  pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas  berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi  pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan  dunia dan akhirat sesorang itu. Petang itu aku pulang dengan satu  semangat baru.

Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk  Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih dari 20 orang  termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah  aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam  yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

KESIMPULAN…

Hmm adakah kita ini benar2 ikhlas dengan Islam kita ? Bagaimanakah dakwah kita pada sahabat-sahabat kita. ?? Tepuk dada tanya iman.

Hidup Menurut Syariat Allah..
Kita sebagai orang Islam yang  mengharapkan keredhaan Allah harus   bercita-cita untuk hidup secara  Islam dengan sebaik-baiknya. Untuk itu   kita harus faham dan mengetahui  bagaimana hendak hidup secara Islam   menurut Al Qur’an dan Sunnah  Rasulullah SAW. Al Qur’an dan Sunnah   Rasulullah SAW merupakan peraturan  Allah untuk panduan hidup manusia.   Langit, bumi dan segala isinya  adalah kepunyaan Allah. Maka Allah   jugalah yang berhak membuat  peraturan-peraturannya. Allah sediakan   peraturan itu untuk manusia  menggunakan dan menjalankannya. Manusia   wajib mengikuti peraturan Allah  itu. Mereka tidak dapat mengikuti akal   sendiri. Jika tidak ada  hancurlah dunia ini, firman Allah :

“Lahirlah   kerusakan di lautan dan di daratan akibat dari tangan-tangan manusia”   [Q.S. Ar Rum : 41]

Jika  ada  manusia yang  tidak mau terima peraturan dari Allah untuk mengatur   hidupnya, rumah  tangga, masyarakat, negara hingga alam yang lebih  luas,  hukuman Allah  sangat berat.

Firman Allah :

“Barang    siapa yang tidak berhukum dengan hukum dari Allah maka sesungguhnya    mereka adalah orang-orang kafir” [Q.S. Al Maidah : 44]

“Barang    siapa yang tidak berhukum dengan hukum dari Allah maka sesungguhnya    mereka adalah orang-orang zalim” [Q.S. Al Maidah : 45]

“Barang    siapa yang tidak berhukum dengan hukum dari Allah maka sesungguhnya    mereka adalah orang-orang fasiq” [Q.S. Al Maidah : 46]

Jadi   orang yang tidak mau mengikuti peraturan dan perintah Allah, dapat   dijatuhi hokum kafir, zalim atau fasiq.

Mengatur   Hidup Menurut Syariat

Supaya  manusia  berjaya  mengatur hidup secara yang dikehendaki oleh Al Qur’an  dan Sunnah  atau  ajaran Islam, harus menempuh 4 perkara :

1.  Syariat

2.  Tareqat

3. Hakikat

4. Makrifat

Dan    (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya  Aku   hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya:  “Adakah   Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat  bencana dan   menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan  memujiMu dan   mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku  mengetahui akan apa   yang kamu tidak mengetahuinya” ( Surah Al Baqarah  :30)

Diciptakan   manusia oleh Allah dimukabumi  bukanlah hanya untuk bersenang-lenang   mengecapi tipu daya dunia,  tetapi Allah telah datangkan manusia ini di   muka bumi sebagai khalifah  NYA untuk mentadbir dunia ini agar mematuhi   hukum-hakam dan peraturan  yang telah Allah tetapkan. Allah sahaja yang   layak menentukan  peraturan bagi setiap ciptaan NYA. Ibarat sebuah   televisyen jenama  SONY, adalah mustahil manual pengguna dari jenama   SAMSUNG digunapakai  oleh pengguna untuk mengoperasikan peralatan   tersebut.

Begitu  jugalah dunia dan alam ini, ianya ciptaan   Allah, maka Allah sahajalah  yang selayak menentukan peraturan yang   wajib dipatuhi oleh makhluk  ciptaan NYA. Peraturan selain dari apa yang   Allah telah tetapkan  adalah peraturan yang tidak mampu menyelesaikan   permasalahan hidup  manusia. Manusia kini kerana keegoan, mereka menilai   sesuatu bukan  menggunakan neraca hukum-hakam yang telah Allah sediakan,   sebaliknya  mereka menggunakan rasa naluri keseronokan nafsu ke atas   duniawi  sebagai kayu pengukur kebenaran dan kebatilan. Sebab itu tidak   hairan  di dunia kini, kita dapat saksikan dengan mata kepala kita   sendiri,  apabila hukum-hakam Allah diketepikan, dan peraturan ciptaan   akal  fikiran manusia yang lemah digunapakai, maka lahirlah kerosakan di    lautan dan didaratan oleh hasil tangan manusia itu    sendiri.Segala-galanya ialah kerana mereka tidak mahu menghukum dengan    hukum-hakam yang telah Allah tetapkan. Hukum-hakam inilah diertikan    dengan syariat.

Syariat ialah hukum hakam Allah    atau peraturan-peraturan yang telah Allah tetapkan melalui firman NYA di    dalam Al Quran dan disampaikan oleh Sunnah Rasulullah SAW.

Untuk    lebih mudah difahami dan diamalkan oleh umat yang terkemudian,  syariat   yang menjadi peraturan atau hukum hakam Allah yang terkandung  didalam  Al  Quran & Sunnah Rasulullah SAW , telah diterjemahkan  oleh ulamak   Imam mazhab yang empat dan diberi contoh dengan qias.  Adapun hukum   syariat itu terbahagi kepada lima. Setiap tindak tanduk,  amal perbuatan   dan percakapan dalam kehidupan sehari-harian kita tidak  terlepas dari 5   hukum syariat ini. Kelima-lima hukum dalam syariat  itu adalah seperti   berikut :

1. Wajib = dibuat dapat  pahala,  ditinggalkan berdosa, kedudukannya MESTI buat

2.  Sunat =  dibuat dapat pahala, ditinggalkan tak mengapa .  kedudukannya ELOK buat

3.  Haram = dibuat  berdosa, ditinggalkan dapat pahala,  kedudukannya MESTI tinggal

4.  Makruh =  ditinggalkan dapat pahala, dibuat tak mengapa,  kedudukannya ELOK  tinggalkan

5. Harus =  dibuat  atau ditinggalkan  dosa tak dapat, pahala pun tak dapat,  kedudukannya  terpulang pada diri  sendiri tempoh 5 syarat ibadah ,  beroleh pahala.  Lima syarat tersebut  ialah :

a) Niat mesti betul

b)  Perlaksanaan mesti  selaras dengan syariat

c) Natijah mesti betul  tidak bertentangan  syariat

d) Perkara yang dibuat dan  dilaksanakan dibenarkan oleh  syariat

e) Tidak meninggalkan ibadah  yang asas

Maka   sebagi umat Islam, setiap amal perbuatan  dan tindak tanduk serta   percakapan malah gerak hati kita, tidak  terlepas dari kelima-lima hukum   syariat iaitu wajib, sunat, haram  makruh dan harus.

Contohnya  dalam berpakaian :

1.   Wajib berpakaian untuk  menutup aurat. Menutup seluruh tubuh bagi   wanita dan sekurangkurangnya  dari pusat sampai lutut bagi lelaki.

2.  Sunat berpakaian mengikuti  sunnah Rasulullah SAW seperti memakai  kopiah, serban, jubah, dan  lain-lain.

3. Haram berpakaian yang  membuka aurat bagi lelaki dan  wanita. Haram memakai pakaian dari sutera  bagi lelaki.

4. Makruh  berpakaian yang panjangnya melampaui  batas bagi lelaki.

5. Harus  berpakaian apa saja baik yang murah  atau yang mahal.

Seluruh   perintah Allah baik yang wajib  atau sunat, diibaratkan seperti satu   badan. Maka perumpamaan orang yang  hanya buat hal yang sunat saja  tetapi  tidak melakukan yang wajib,  badannya mati tapi tidak berfungsi.  Bagi  orang yang hanya buat yang  wajib tapi tidak buat yang sunat,  badannya  hidup tapi tidak indah dan  cantik.

Apabila   Syariat menyuluh/ mengatur hal ehwal  keyakinan dan keimanan, dinamakan   Usuluddin / Tauhid. Apabila Syariat  menyuluh hal ehwal lahiriah,   peraturan yang zahir, dinamakan Feqah. Dan  apabila Syariat menyuluh /   mengatur hal ehwal hati , sifat-sifat hati,  dinamakan Tasauf/Akhlak.

Ketiganya  tidak dapat  dipisahkan, Imam Malik r.a berkata :

“Barang   siapa yang  semata-mata berfiqih tetapi tidak bertasawuf, dia akan  jatuh  fasiq.  Barangsiapa yang bertasawuf tetapi tidak berfiqih, dia  akan jatuh   zindiq (kafir)”.

Inilah yang disebutkan di dalam  Hadis  Rasulullah SAW berkenaan Iman, Islam dan Ihsan.

Dari    Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis    bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis    itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu    hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami  yang   mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan   kedua  lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan  kedua  tapak  tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :   Sipemuda :  Khabarkan aku tentang Islam ? Rasulullah : Islam, iaitu   hendaklah  mengucap syahadat – bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta’ala   dan  bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang,    mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji  ke   Baitullah apabila berdaya ke sana. Sipemuda : Benar katamu. (  Berkata   Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda  itu, dia  yang  bertanya dan dia pula yang mengiyakannya ) Sipemuda :  Khabarkanlah   kepada ke tentang Iman ? Rasulullah : Hendaklah engkau  beriman kepada   Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya,  Rasul-RasulNya, Hari   Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada  taqdir Allah yang baikNya   atau yang burukNya. Sipemuda : Benar katamu !  Khabarkanlah kepadaku   tentang Ihsan ? Rasulullah : Hendaklah engkau  menyembah Allah   seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak  dapat melihatNya   sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.  Sipemuda : Khabarkan   padaku tentang hari kiamat ?. Rasulullah :  Tiadalah orang yang ditanya   itu lebih mengetahui dari orang yang  bertanya. Sipemuda : Khabarkan   padaku tentang tanda-tandanya ?  Rasulullah : Apabila hamba perempuan   melahirkan tuannya sendiri ;  Apabila engkau melihat orang yang berkaki   ayam, tidak berpakaian,  pengembala kambing ( berbangga ) membina   bangunan yang tinggi-tinggi. (  Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari   majlis tersebut ) :  Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah   pemuda yang menyoal kau  tadi ? Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua   yang mengetahui.  Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi   aku untuk  mengajarkan kamu pelajaran agama kamu. ( Sahih Bukhari )

Maka    sebagai khalifah Allah yang telah diamanahkan untuk melaksanakan    hukum-hakam Allah dimukabumi, tanngungjawab ke arah perlaksanaan hukum    syariat tersebut hendaklah dilaksanakan. Perlaksanaan hokum syariat  dari   perkara yang remeh temeh seperti qadha hajat hinggalah ke aspek    kehidupan yang lain seperti membangunkan institusi kekeluargaan,    pendidikan, ekonomi dan kenegaraan. Perlaksanaan hukum syariat ini    adalah WAJIB bagi setiap muslim. Barangsiapa yang tidak menghukum dengan    hukum-hakam atau peraturan yang telah Allah tetapkan, maka akan jatuh    ke atas mereka salah satu dari tiga hukum iaitu FASIQ, ZALIM atau  KAFIR   wal iyazubillahi min zalik.

Maka kesimpulannya, SYARIAT    lah yang menjadi kayu ukuran dan piawai untuk menilai sejauh mana   benar  sesuatu amalan, sejauh mana kebenaran sesuatu keprcayaan,   sejauhmana  kebenaran sesuatu amal perbuatan, perkataan dan sebagainya. Inilah neraca yang perlu digunakan oleh umat Islam dalam menempuh    kehidupan di dunia menuju ke negara akhirat yang kekal abadi. Syariat    inilah yang menjadi titik tolak dalam kita mengatur setiap    langkah-langkah menyelusuri perjalanan ke arah mendekatkan diri kepada    Allah SWT.

Jika Syariat diabaikan, walau pun kita mengaku    pandai, kita mengaku hamba Allah, walau kita mengaku pejuang Islam,    walau kita mengaku ahli tarikat, mengaku ahli hakikat dan ahli  makrifat,   mengaku waliyullah dan sebagainya, pengakuan kita hanyalah  sia-sia.   Tiada nilai disisi Allah SWT.

p/s : kredit buat Mat Taiko

Buang perasaan malu dalam diri jika mahu menjadi peniaga yang berjaya.
assalamualaikum…

alhamdulilah ada juga masa untuk mengemaskini laman blog yang telah lama saya tinggalkan. Gagal menyusun masa  itulah faktor utama saya menjadi seperti ini. Masa itu ibarat emas kata pepatah Melayu. Akan tetapi bagi dalam lapangan bisnes lebih dari itu

Apa yang saya nk kongsikan ialah berkenaan perasaan malu dalam dunia usahawan. Sekadar ingin berkongsi catatan peribadi sepanjang berniaga di bazaar ramadan. Saya hanya peniaga sambilan sahaja.

Perasaan malu dalam diri itu memang datang dan saya agak cuak kerana takut tak ada orang nak beli produk saya. Akan tetapi berbekalkan ilmu yang diperolehi daripada mentor bisnes saya iatu Puan Hajah Ainon Mohd. (klik sini untuk baca blog beliau) , alhamdulillah saya berjaya melawan perasaan itu.  Syukur.

malu semuanya kebaikan

Malu adalah sifat yang dijadikan Allah untuk hambanya. Ia juga adalah sebahagian daripada iman.kerana Rasulullah SAW bersabda Malu itu semuanya kebaikan. Untuk memulakan perniagaan … buang jauh2 perasaan Malu itu..kerana ia adalah malu tidak bertempat. Malu untuk mencuba sesuatu kebaikan bagi saya adalah satu sikap yang merugikan. Jika kita lihat kepada mahasiswa/i yang menganggur ..bukan mereka tidak pandai berniaga tetapi mereka Malu untuk mencuba dan mengaplikasikan apa yang dipelajarinya sewaktu di IPT.. hasilnya…kekal sebagai penganggur terhormat sambil menanti peluang perkerjaan.

Ramai yang tahu bahawa perniagaan itu adalah sumber kekayaan akan tetapi berapa ramai yang benar2 mahukan kekayaaan itu? Bukan tidak mahu tetapi malu.

Akan tetapi masih diletakkan perasaan malu semasa berniaga. Seperti malu melihat maksiat di depan mata seperti terdedah aurat sana sini.  Perkara ini perlu dititik beratkan bagi mendapat keberkatan dalam bisnes yang kita buat. Ramai yang gagal menguasai perasaan malu bahagian ini. Dengan terdedah aurat sana sini,,, dengan pergaulan yang terlampau bebas.. nauzubillahi minzalik…

Ada beberapa perkara yang patut dielakkan iaitu :

1-Malu menuntut Ilmu.

2-Malu membela kebenaran.

Ibnu Solah menyebut bahawa perkara tersebut bukan kategori malu tetapi masuk di dalam kategori ‘pengecut’ dan menghinakan dirinya sendiri. Islam sama sekali tidak pernah mengajar umatnya malu menuntut ilmu dan membela kebenaran.

Kalau kita lihat dan perhatikan di dalam kitab-kitab Feqah, banyak soalan yang pada anggapan kita ‘luar biasa’ diajukan kepada isteri dan Baginda. Kita ambil contohnya Abu Musa Ays’ari pernah bertanya kepada isteri Baginda, Aisyah dengan solat yang mewajibkan mandi. Lalu Aisyah menjawab “jika terkumpul 4 kaki (berjimak/bersetubuh), khitan bertemu khitan, maka wajiblah mandi”. Pada anggapan kita, soalan begini ‘sensor’ dan tidak boleh, tetapi di dalam agama ia termasuk soalan hukum hakam yang wajib kita ketahui.

Satu lagi contoh apabila muslimat Ansar bertanya kepada Baginda “Ya Rasulullah, Allah tidak pernah malu perkara yang benar, adakah perempuan yang bermimpi juga diwajibkan mandi? Baginda menjawab : (Ya) apabila ia terlihat air”. Perkara begini sangat pelik bagi wanita sekarang kerana tidak pernah tahu perempuan juga wajib mandi disebabkan ihtilam (mimpi basah) sama seperti lelaki.

“Betul ka ustaz, ada juga perempuan kena mandi wajib sebab bermimpi?”

“Hadith Baginda telah menceritakan 1400 tahun yang lalu…”

Diam.

Akhir kata, malunya kita menuntut ilmu hanya kerana benda-benda sebegini menyebabkan kita bertambah jahil dan bertambah tidak tahu hukum hakam di dalam kitab feqah.

Wallahua’lam

Rahmat & Kasih Sayang Allah… :-)
Assalamualaikum…

Selamat pagi (post ini dibuat pagi)… Secara kesimpulan ada 5 yang paling utama

Diturunkan Allah dengan Al Quran sebagai petunjuk dalam kehidupan.

Diutuskan oleh setiap umat manusia dengan Rasul-rasul. Bagi melaksanakan apa yang terdapat dalam Quran. Contohnya bagaimana nak solat, cara nak mengeluarkan zakat, dan amalan – amalan dalam kehidupan seharian.

Setiap manusia disediakan segala kemudahan untuk hidup di atas dunia.

Disediakan rezeki setiap manusia. Tak kira sedikit  atau banyak.

Allah mengampuni semua dosa-dosa hambaNya kecuali syirik.

Segala huraian di atas boleh didengar melalui MP3 di bawah. Semoga kalian mendapat manfaat.Klik di bawah.